<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Wednesday, January 21, 2009


Nie nk cite pasal background keturunan aku..wHich iS RaO..

Rumpun Melayu ialah suatu bangsa yang amat kaya dengan kepelbagaian suku kaum; antaranya Jawa, Mandailing, Minang, Banjar, Acheh, Bugis dan sebagainya. Namun terdapat suatu suku kaum Melayu yang tidak kurang gahnya, dikenali sebagai suku kaum Rao (Rawa).

Sejarah orang Melayu Rao bermula di Kecamatan (Daerah Kecil) Rao Mapat Tunggul, di dalam Kabupaten (Daerah) Pasaman, Propinsi (Negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Duduk di sebelah utaranya pula, bermastautin suku kaum Mandailing.

Pekerjaan utama suku kaum Rao ialah sebagai petani, pedagang, pelombong; dan mahir datam bidang pentadbiran serta kerohanian/ keagamaan.

Hijrah Rao ke Tanah Melayu

Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri Sembilan

• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848

• Negeri Pahang

• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri Selangor

• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri Perak

• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri Kelantan

• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melaiui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.