<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Thursday, August 20, 2009

sajak rojak2

caution...nie sesuka hati saja..tak berniat menyinggung sesiapa..

sajak start:

kehadirannya dinanti,
didada ini kesabaran masih penuh,
tapi kecewa mengelubungi,
mundar-mandir
kesana-kesini
kelakuannya membuatku meluat,
kewibawaannya tercalar,


inikah yang harus ada padanya??
kemana hilangnya amanah yg dipegang??
untuk berbakti pada bangsa..

kini kukeliru,
keliru dgn gaya,mutu dan keunggulannya,
apa yg hendak dipotong,
dan apa yg hendak dibendingkan??

aku hairan dan tertanya,
sambil membayangkan diri menangis di depan Kaabah..

tangisan didepan Kaabah itu,
mungkin tangisan keinsafan,
yang nyata,
tangisan di kelas ini
hanyalah tangisan kebosanan
sekadar mahu membasahkan mata
yang lama terdedah
memandang skrin yang ntah apa-apa


sedarlah
tiada apa yang perlu dipotong dan dibending
sekadar pemudah kerja
catatlah ia sebagai nota
mungkin berguna di hari muka....

sajak end:

nurkilan Myn, Reyha, Jaja (Habsah) and Syam (the superpower human)

Sunday, August 16, 2009

kondisiku

parah...
buat tu xkena
buat nie salah
penat aku menjalani hari minggu yg suram


tetiba teringat satu puisi from wani ardy and geng
tajuk dia si gadis..


nie dia..


Si Gadis (CD komplimentari Tiga Venus)
Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal
Melodi: Ana Raffali



Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas

Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup

Lalu aku membalas
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza
Minda tak akan sama

Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal "bagaimana lagi?"

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah

Ayuh gadis
Berhentilah kau menangis

Thursday, August 13, 2009

diri ini

kaku
diam tanpa reaksi
tersentak dek kata-katanya
ku menyiakan saja
biarpun hati ini sakit

ego
membaluti diriku
memang benar
aku egois
tapi aku harus
martabatku tinggi
aku bukan hipokrit

malam itu ku berfikir
mungkin ini yang aku juga maukan
biarpun kita tak sehaluan
selamanya kau temanku
biarpun tak ingin lagi ku ungkap
cerita masa lalu..
biarpun ku hapuskanmu dari hidupku..




Thursday, August 6, 2009

Dulu

antara duit dan ilmu
antara hati dan nafsu
antara dia dan aku

dulu dia pernah memilikiku
dulu dia pernah setia padaku
dulu dia pernah memahamiku
dulu dia pernah hadir dalam hidupku

dulu aku pernah meminggirkannya
dulu aku pernah menyakitinya
dulu aku pernah mengertinya
dulu aku memerlukannya dalam hidupku

kisah-kisah lalu
tak perlu dikenang
kesalahan lalu
tak perlu diulang
biarkan ia melayang pergi
bersama angin yang menyaman bumi ini

hembusankan nafasmu
terbangkan ia bersama butir-butir debu
yang mengotorkan bumi
akan aku jadikan mu sebagai
satu kisah masa lalu
satu coretan yang pernah mewarnai
dan mengindahkan hidup ini

Tuesday, August 4, 2009

Jahil!!

apa yang membataskan kita
apa yang menyekat kita
dibelenggu oleh sesuatu yg kita tau
sesuatu itu dikuasai oleh mereka..

mereka..
umpana zionis..
haahh...
mencela si zionis tapi
menindas dan menidakkan hak orang lain
bukankah mereka juga zionis pada sifatnya..

sesuatu yang suci dicelakan...
yang cela pula disucikan..
bodoh!!! kita bukan buta...
kami tak bodoh...
cukup!!!
jangan menipu lagi..

kuasa diberi disalah gunakan...
amanat diberi disia-siakan..
budi ditabur tak pernah dianggap...
hati yang luhur dipermainkan..

manusia...
tak lupa pada sejarah..
cuma selalu lupa bagaimana berlakunya sejarah itu..

Saturday, July 25, 2009

salah??

bising,
dia dalam kebingungan,
selepas satu, timbul lagi lagi persoalan
dari mereka yang bercelaru dan keliru

kenapa macam tu,
yang ini??
kalau mcm tu...
hahhhh....
ada saja yang hendak disoalkan...
biarkan saja dia hanyut dgn ceramahnya...

huhhh...
lain pula dengan diriku ini,
berhabis-habisan aku berjuang
menahan diri dari nafsu
dan godaaan syaitan tojeng...

aneh...
jiwaku kosong
fikiran melayang ke awangan..
lontaran suara dia dan teman2 takku hiraukan..
aku dalam duniaku sendiri
salah siapa??
dia atau ceramahannya??
atau topic ini membosankan??

entahlah...
aku harus berhenti..
dari menyuarakan rasa ini
aku harus kembali
melihat di skin putih
yang jelas menunjukkan ilmu2
berharga dan penting
jauh beza dengan contengan ini...
biarpun payah tapi aku akan berjuang..

Sunday, July 19, 2009

apa yg best...apa yg tak best...

weekend nie byk sgt benda yg best...tp disebalik itu ada juga perkara yg tak best..

first: Shout Award!!!! mmg abis layan..best...
second: APM 2009...berkobar2 aku...tp....ada perkara yg aku kurang enak la...

xpayah bgtau la sapa menang shout ek..nk bgtau pasal APM 2009 at JCC,Indonesia...

list of winner:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu:
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Kotak - Beraksi

Artis Baru Lelaki
Aizat – Hanya Kau Yang Mampu

Artis Baru Wanita
Ayu – Hanya Di Mercu

Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Be’te – Dewiq Feat. Ipang

Artis Lelaki Terbaik
Afgan – Confession No. 1

Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari – Tentang Kamu

Duo / Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno – The Special One

Lagu Terbaik
Laskar Pelangi – Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)

Album Terbaik
Confession No. 1 – Afgan

Artis Singapura Paling Popular
Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular
Dato' Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular
Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu Singapura Paling Popular
Impianku – Didicazli Feat. Sleeq

Lagu Malaysia Paling Popular
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat

Lagu Indonesia Paling Popular
Kuil Cinta - Slank

Kategori Khas:
Anugerah Cinta Planet Muzik

Dik Doank

Anugerah Khas Planet Muzik
Gigi




sbnrnya byk yg kurang enak about this awards...
1)duration show kejap sgt..sume benda berlaku dgn sgt pantas...
2)pentas kecil sgt...
3)suasana mcm mendatar sgt...xde klimaks...mcm tahun2 lps ada kehangatannya tp yg ini null...kosong...
4)asyik artis yg sama mcm tahun lps buat performance...xde org lain ker...
5)insiden vokalis Slank yg unsensored tu..(xde protokol majlis rasmi)
6)audience kurang sporting...especially bila artist malaysia yg perform...yelah kalo xkenal pon at least bersorak la...meriahkan majlis...satu jer yg aku notice:masa Stacy perform diorg lyn la jugak..
7)Stacy perform kurang mantap...maybe dia perlukan dancers dia sendiri instead of United Dance Work..bukan nak kutuk UDW yg mmg selalu perform bila majlis2 kt indo..tapi persiapan cuma sehari jer..xcukup la..
8)ada baca somewhere: fans Afgan xpuas ati Aizat menang Artis Lelaki Baru Terbaik..dia ajak lawan vocal...ermmmm..dh juri pilih Aizat nk wat cmne..lgpon Aizat power dlm lagu Hanya Kau yg Mampu..


byk lg..tp mls nk komplain..

hopefully next year wat kt Singapore la..sbb xbias la resultnya...
and hope Yuna & Agnes Monica will perform and win..