<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Friday, April 2, 2010

dimensi aku...

aku kini diulit mimpi
diwaktu dan tempat yang salah
seharusnya aku ke kelas
tapi apakan daya
perut ini tak henti-henti memulas
apa motif aku pergi
jika sekadar memenuhi kehadiran...
masihkah punya barakah
jika merasakan keterpaksaan??


suhhhhshuhssshh
hujan membasahi bumi ini
berselimutlah kita semua
kerana ia kebiasaan buat semua insan

arhhhhharhhhh...
jemuranku masih diluar
terganggu sudah tidurku
meragam semula perut ini...


p/s>> xde makna sebnarnya benda nie..yang penting benda kat bawah nie..


jom2..jemput datang ye

Sunday, March 28, 2010

khas buat Jebey

sorry ar enchik jebey ekk...
xde idea sgt2..nie khas utk ko...
xsedap jgn marah yer...

Kasihku buatmu

omak,ma ataupun mak..
antara panggilan yg sering meniti 
dibibirku ini 
bertahun-tahun insan itu menyanyangiku
berpeluh-peluh insan itu menatangku


gelak dan tawa ku 
kau yang ajar
tangis dan duka ku
kau yang tenangkan 


tiada hadiah untuk ku hadiahkan
tiada kata dapat ku ungkapkan
hanya doa dan kasih sayang
sebagai tanda kesyukuran
mempunyaimu sebagai ibu


andai satu hari nanti
kau tiada lagi disisiku
andai satu saat nanti
aku merindui dirimu
akan ku bingkiskan ayat-ayat suci buatmu...

bosan

disini
ia tersemai
disini jua
ia berderai

dimana silapnya
terjadi situasi sebegini
kita bagai dua insan yg asing
saling tak mengenali
bertegur apatah lagi

siapa yang egois?
aku atau kamu??
dia atau mereka??

perlukah mereka hadir
dalam kekeruhan ini
mestikah dicampur aduk semuanya sekali
hingga menjadi resepi basi

kita,
umpama berada diatas rakit
sekiranya seorang berdiri
maka hilanglah keseimbangan
terus bergolok gadailah nyawa semua

seharusnya,
kita bersatu,
terima khilaf
dan kekurangan satu sama lain
berterus-terang lah
tentang apa yang terbuku dihati
dan belajar maafkan orang lain
agar hidup lebih harmonis

perjalanan kita disini lama
mungkin akan terus lanjut
aku berharap kita kekal bersama
atau ia berhenti disini juga??

hentikanlah...
kerana aku dah bosan...

Saturday, March 13, 2010

Pembakar semangat niee

SERIKANDI
Oleh Wani Ardy

Bergolok-gadailah mereka
Emas, permata, semua
Menerbangkan wira negara untuk merdeka

Tiap lelaki yang berjuang
Ada wanita di belakang

Bersilih generasi tetap begini

Usah sering jadi lilin
Kasih berpadalah, Hawa

Di balik genang yang mengalir
Betahnya luarbiasa

Kaulah serikandi yang mengorbankan segala
Memendam rasa menjadi rahsia
Hatimu sebesar bumi
Asamu sekukuh besi

Kaulah anak, ibu, kakak, teman, isteri
Kau serikandi

Bergolok-gadailah mereka
Jiwa, harta, semua
Diri sendiri tidak sekali pun pertama

Tiap manusia yang berjaya
Akar umbinya seorang bonda
Bersilih generasi tetap begini

Usah sering jadi lilin
Kasih berpadalah, Hawa
Di balik genang yang mengalir
Betahnya luarbiasa

Kaulah serikandi yang mengorbankan segala
Memendam rasa menjadi rahsia
Hatimu sebesar bumi
Asamu sekukuh besi
Kaulah anak, ibu, kakak, teman, isteri
Kau serikandi

Copyright © 2002-2010 WaniArdy TintaJiwa Ent.
http://waniardy.com

Monday, March 8, 2010

my lovely sister Jim

dear jim,

selamat ulangtahun yang ke 23
buat my beloved + lovely sister
thanks sbb dari kecil sampai sekarang
you are always by my side
nothing in this world can be exchanged
with your love towards me
you are my only one,
sister that care and concern about me,
having you in my life completed myself,
because you are a half of me..

akak,
dah banyak benda et belajar from you
dan banyak tempat et pergi dengan hang
terima kasih sekali lagi sebab dah menjadi
kakak yg terbest, xsenonoh,paling gila, banker dikala xde duit, and last but not least yg paling caring dlm dunia nie..

Friday, February 19, 2010

pelik

bakar
dan bakar
dan bakar lagi..

pagi
tengahari
malam pun begitu

entah angkara siapa
falsafah mana yang diikuti
aku pun tak tau..

kalau pagi agak relevan
tapi malam pun mau bakar??
aduhh...ini boleh mendatangkan marah!!!

pagi bakar, hilang udara yang nyaman
tengahari bakar, hilang aroma softlan di kain jemuran
malam bakar, nyamuk takkan mati mak cik oittt...

ada mata buat2 buta
ada mulut gossip merata
ada degree takdak otak

tahukah anda apa yang aku bebelkan??

Friday, January 8, 2010

Still Mourning

hari ini jumaat
sudah 3 hari
selasa melewati
huhhh...dugaan tahun ini..

aku sedih
tak terungkap dengan perkataan
tak tergambar dengan lukisan
dua tahun berturut-turt
aku diuji
dia diuji
mereka diuji

mengapa aku sedih??
sudah dua orang yang
paling kusayangi pergi
sudah dua kali aku tak
pulang saat jenazah dikebumi

bukannya aku tak mahu
jarak memisahkan
keadaan memaksa
abah tak benarkan juga

abah bilang
sedekahkan surah yassin buatnya
doakan kebahgiaanya disana
jadilah cucu yang membuatnya bangga

tiada lagi ciuman mesra
tiada lagi jeliran manja
yang tinggal cuma katilnya yg kosong
perkakas dan perobot tinggalannya
untuk siapa ku beli kuih muih diwaktu petang
seperti waktu ku menziarahinya dulu
dan untuk apa semua ini...

tiada lagi
atok' halimah jengg jeng jenggg...
yang tinggal cuma
siti amonah jengg jeng jengg..

siti aminah ini akan terus berusaha
dan berusaha untuk membanggakan mu
siti aminah ini akan terus berdoa
dan berdoa agar kau tenang disana

bahagialah wahai Atok'
disamping Neenek'
tiada lagi Bukit Chandan
cuma ada Brown Gardens
dan Gelugor
dimana jasad kalian ditanam
disitu juga akan selalu kulewati

buat Umi yang kusayangi
tabahkan hati
umi masih punya kami
sebagai penyeri