Friday, January 8, 2010

Still Mourning

hari ini jumaat
sudah 3 hari
selasa melewati
huhhh...dugaan tahun ini..

aku sedih
tak terungkap dengan perkataan
tak tergambar dengan lukisan
dua tahun berturut-turt
aku diuji
dia diuji
mereka diuji

mengapa aku sedih??
sudah dua orang yang
paling kusayangi pergi
sudah dua kali aku tak
pulang saat jenazah dikebumi

bukannya aku tak mahu
jarak memisahkan
keadaan memaksa
abah tak benarkan juga

abah bilang
sedekahkan surah yassin buatnya
doakan kebahgiaanya disana
jadilah cucu yang membuatnya bangga

tiada lagi ciuman mesra
tiada lagi jeliran manja
yang tinggal cuma katilnya yg kosong
perkakas dan perobot tinggalannya
untuk siapa ku beli kuih muih diwaktu petang
seperti waktu ku menziarahinya dulu
dan untuk apa semua ini...

tiada lagi
atok' halimah jengg jeng jenggg...
yang tinggal cuma
siti amonah jengg jeng jengg..

siti aminah ini akan terus berusaha
dan berusaha untuk membanggakan mu
siti aminah ini akan terus berdoa
dan berdoa agar kau tenang disana

bahagialah wahai Atok'
disamping Neenek'
tiada lagi Bukit Chandan
cuma ada Brown Gardens
dan Gelugor
dimana jasad kalian ditanam
disitu juga akan selalu kulewati

buat Umi yang kusayangi
tabahkan hati
umi masih punya kami
sebagai penyeri


Sunday, December 13, 2009

runtuhnya ia membawa semangat baru..

tersentak aku taktala mendengarnya
air mata ini begitu mudah mengalir
ini bukan diriku
apa sudah berlaku
dulu hatiku beku
jiwa ini kental
semuanya sudah makin pudar
adakah aku sudah berubah
perlukah aku mengubahnya semula..

masih segar dalam ingatanku
saat arwah wan yong dikapankan
naskah yassin ditanganku
dibuka dan dibaca dengan tenang
kemerahan mata mereka
semua ahli keluargaku
namun aku masih tenang
kejam atau egois diri ini...
mengalir juga air mataku
saat arwah diusung
dimakamkan ditanah perkuburan
mulai saat itu aku bukan lagi diriku

aku lebih menghargai
diri dan orang disekelilingku

 p/s::coretan ini tiada motif..cuma mau beritahu aku nangis saat Fienaz Idola Kecil 2 tersingkir semalam..benci aku..baru nak lyn IK2 tetiba Fienaz dh kuar..huhhh..akak suka suara u adik..kelas..

Thursday, December 3, 2009

kecintaanku padamu...

engkau selaluku disampingku
tika senang dan duka
terang atau gelap
dirimu senantiasa disisiku

lagu itu milik kita
cahaya itu menuntun kita
arah dan tujuan
ditentukan bersama

kau hadir sebagai pengganti
setelah yang lama menyakitkan hati
ku terimamu sebagai penyeri
biarpun ikhlas lekang dari hati

sepintas masa berlalu
kau masih digenggamanku
datanglah badai bertalu-talu
kita tetap utuh bersatu

bukanku menduakanmu
jauh sekali melupakanmu
niatku cuma ingin memperbaharui
disamping mencari teman buatmu

jangan kau khuatir
jangan kau sangsi
ku masih menyanyangimu
biarpun kupunya yang baru

Saturday, November 7, 2009

meniti hening pagi..

terdengar akan deruan angin pagi..
sayup kedengaran di lantai empat..
bisa membuat gundah menjadi tenang..
mungkin juga sebaliknya..

mataku masih tegar bertahan..
sedangkan mereka hanyut dibuai mimpi..
mencipta nada kelegaan..
mengalunkan ritma kepenatan..

menusuri titian yang harus..
melintasi hentian demi hentian..
kadang-kala memeritkan..
kadang-kala membahagiakan..

jadi bertindaklah seperti pahlawan..
berfikirlah seperti cendekiawan..
kerana halangan berliku-liku itu..
sekadar proses persediaan diri..
dalam menghadapi dunia sebenar..



Thursday, October 22, 2009

rentasan

sepi tanpa kahabar
bukan maksud ku lupa
diam tanpa bicara
tak bererti ku benci

aku ini masih dlam pencarian
mencari jati diri yang diredhai
perjalanan hidup masih jauh
pandanganku terhadap dunia luas

namun jika ia terpisah jauh
dari apa yang kurancang
maafkanlah aku
redhailah ia

kenanglah kenangan yg kita punya
sebagai satu bingkisan persahabatan yg abadi..

Thursday, August 20, 2009

sajak rojak2

caution...nie sesuka hati saja..tak berniat menyinggung sesiapa..

sajak start:

kehadirannya dinanti,
didada ini kesabaran masih penuh,
tapi kecewa mengelubungi,
mundar-mandir
kesana-kesini
kelakuannya membuatku meluat,
kewibawaannya tercalar,


inikah yang harus ada padanya??
kemana hilangnya amanah yg dipegang??
untuk berbakti pada bangsa..

kini kukeliru,
keliru dgn gaya,mutu dan keunggulannya,
apa yg hendak dipotong,
dan apa yg hendak dibendingkan??

aku hairan dan tertanya,
sambil membayangkan diri menangis di depan Kaabah..

tangisan didepan Kaabah itu,
mungkin tangisan keinsafan,
yang nyata,
tangisan di kelas ini
hanyalah tangisan kebosanan
sekadar mahu membasahkan mata
yang lama terdedah
memandang skrin yang ntah apa-apa


sedarlah
tiada apa yang perlu dipotong dan dibending
sekadar pemudah kerja
catatlah ia sebagai nota
mungkin berguna di hari muka....

sajak end:

nurkilan Myn, Reyha, Jaja (Habsah) and Syam (the superpower human)

Sunday, August 16, 2009

kondisiku

parah...
buat tu xkena
buat nie salah
penat aku menjalani hari minggu yg suram


tetiba teringat satu puisi from wani ardy and geng
tajuk dia si gadis..


nie dia..


Si Gadis (CD komplimentari Tiga Venus)
Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal
Melodi: Ana Raffali



Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas

Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup

Lalu aku membalas
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza
Minda tak akan sama

Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal "bagaimana lagi?"

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah

Ayuh gadis
Berhentilah kau menangis