<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Saturday, November 7, 2009

meniti hening pagi..

terdengar akan deruan angin pagi..
sayup kedengaran di lantai empat..
bisa membuat gundah menjadi tenang..
mungkin juga sebaliknya..

mataku masih tegar bertahan..
sedangkan mereka hanyut dibuai mimpi..
mencipta nada kelegaan..
mengalunkan ritma kepenatan..

menusuri titian yang harus..
melintasi hentian demi hentian..
kadang-kala memeritkan..
kadang-kala membahagiakan..

jadi bertindaklah seperti pahlawan..
berfikirlah seperti cendekiawan..
kerana halangan berliku-liku itu..
sekadar proses persediaan diri..
dalam menghadapi dunia sebenar..



0 comments: