<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Friday, January 8, 2010

Still Mourning

hari ini jumaat
sudah 3 hari
selasa melewati
huhhh...dugaan tahun ini..

aku sedih
tak terungkap dengan perkataan
tak tergambar dengan lukisan
dua tahun berturut-turt
aku diuji
dia diuji
mereka diuji

mengapa aku sedih??
sudah dua orang yang
paling kusayangi pergi
sudah dua kali aku tak
pulang saat jenazah dikebumi

bukannya aku tak mahu
jarak memisahkan
keadaan memaksa
abah tak benarkan juga

abah bilang
sedekahkan surah yassin buatnya
doakan kebahgiaanya disana
jadilah cucu yang membuatnya bangga

tiada lagi ciuman mesra
tiada lagi jeliran manja
yang tinggal cuma katilnya yg kosong
perkakas dan perobot tinggalannya
untuk siapa ku beli kuih muih diwaktu petang
seperti waktu ku menziarahinya dulu
dan untuk apa semua ini...

tiada lagi
atok' halimah jengg jeng jenggg...
yang tinggal cuma
siti amonah jengg jeng jengg..

siti aminah ini akan terus berusaha
dan berusaha untuk membanggakan mu
siti aminah ini akan terus berdoa
dan berdoa agar kau tenang disana

bahagialah wahai Atok'
disamping Neenek'
tiada lagi Bukit Chandan
cuma ada Brown Gardens
dan Gelugor
dimana jasad kalian ditanam
disitu juga akan selalu kulewati

buat Umi yang kusayangi
tabahkan hati
umi masih punya kami
sebagai penyeri


1 comments:

Meme said...

”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]