<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Sunday, March 28, 2010

bosan

disini
ia tersemai
disini jua
ia berderai

dimana silapnya
terjadi situasi sebegini
kita bagai dua insan yg asing
saling tak mengenali
bertegur apatah lagi

siapa yang egois?
aku atau kamu??
dia atau mereka??

perlukah mereka hadir
dalam kekeruhan ini
mestikah dicampur aduk semuanya sekali
hingga menjadi resepi basi

kita,
umpama berada diatas rakit
sekiranya seorang berdiri
maka hilanglah keseimbangan
terus bergolok gadailah nyawa semua

seharusnya,
kita bersatu,
terima khilaf
dan kekurangan satu sama lain
berterus-terang lah
tentang apa yang terbuku dihati
dan belajar maafkan orang lain
agar hidup lebih harmonis

perjalanan kita disini lama
mungkin akan terus lanjut
aku berharap kita kekal bersama
atau ia berhenti disini juga??

hentikanlah...
kerana aku dah bosan...

0 comments: