<bgsound src='http://ia361300.us.archive.org/10/items/kimya2005-01-09.flac16/kimya2005-01-0903_vbr.mp3'> </bgsound>

Saturday, April 24, 2010

Sangkar 2

kalau benar kita bersatu
bagaimana sangkar-sangkar itu
aku mau punya aku
kamu mau punya kamu

Thursday, April 22, 2010

Sangkar 1

sangkar aku sangkar duri
duri itu duri besi
sangkar kamu sangkar emas
emas kuning bukan putih
hati aku hati kamu
dapatkah disatukan dengan melodi

Kata

Aku banyak berkata-kata
saat tenang mahupun genting
tapi kalaupun aku berhenti
ia tetap akan mengganggu

aku tiada kudrat untuk menghakis ia

aku tak peduli kata mereka
mereka takkan pernah faham
aku bukan bermulut jahat
cuma suka bercakap dan bercakap

aku tak mengutuk orang lain
jauh sekali mengapi-apikan
hanya memuji dan menghargai
kurniaan Tuhan yang Esa

aku tak memuji diri
cuma menghibur suasana
aku tak minta ruang untuk berkata-kata
tak perlu juga kamu mendengar

kerana kata aku ikhlas
kata aku tulus
kata aku tak mengenal penat
siapa kata aku berhenti sampai disini...

aku tetap akan berkata-kata selagi terdaya...

Friday, April 2, 2010

dimensi aku...

aku kini diulit mimpi
diwaktu dan tempat yang salah
seharusnya aku ke kelas
tapi apakan daya
perut ini tak henti-henti memulas
apa motif aku pergi
jika sekadar memenuhi kehadiran...
masihkah punya barakah
jika merasakan keterpaksaan??


suhhhhshuhssshh
hujan membasahi bumi ini
berselimutlah kita semua
kerana ia kebiasaan buat semua insan

arhhhhharhhhh...
jemuranku masih diluar
terganggu sudah tidurku
meragam semula perut ini...


p/s>> xde makna sebnarnya benda nie..yang penting benda kat bawah nie..


jom2..jemput datang ye