Aku banyak berkata-kata
saat tenang mahupun genting
tapi kalaupun aku berhenti
ia tetap akan mengganggu
aku tiada kudrat untuk menghakis ia
aku tak peduli kata mereka
mereka takkan pernah faham
aku bukan bermulut jahat
cuma suka bercakap dan bercakap
aku tak mengutuk orang lain
jauh sekali mengapi-apikan
hanya memuji dan menghargai
kurniaan Tuhan yang Esa
aku tak memuji diri
cuma menghibur suasana
aku tak minta ruang untuk berkata-kata
tak perlu juga kamu mendengar
kerana kata aku ikhlas
kata aku tulus
kata aku tak mengenal penat
siapa kata aku berhenti sampai disini...
aku tetap akan berkata-kata selagi terdaya...
Perspirex untuk ketiak berpeluh meleleh-leleh
9 years ago
0 comments:
Post a Comment